Umum mengetahui bahawa Wau dan Batik merupakan satu daripada warisan negara yang sangat dikagumi pelancong dari luar negara. Pemeliharaan warisan Wau dan Batik sangat penting demi memastikan kelangsungannya untuk generasi akan datang.
Cetusan idea inovasi baharu yang menggabungkan dua elemen budaya Wau dan Batik memberikan satu sinar baharu bagi memastikan warisan tersebut terus diminati oleh masyarakat. Lambo Sari, sebuah pusat budaya interaktif komuniti di Teluk Ketapang, Terengganu, mengambil langkah yang sangat proaktif
dengan menghasilkan Wau Batik Kit, iaitu Wau yang dihiasi lakaran motif cantingan batik.